Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, April 20, 2010

Bukan Wang Ringgit Yang Diminta

Sekadar berkongsi...

Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen.
Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.
Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan. 2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.
*Semoga adik Nurhannah dan keluarga tabah menghadapi dugaan...





Friday, April 16, 2010

trip ke Port Dickson...

yeah...
nak gi berjalan...
hahaha macam jaoh je kan...
padahal kat kampung husband je..
alaa tak kesah laa kan...
trip ni mula2 kroni2 aku kat hasil ni yang saje gatal2 bukak topik.....
masa tengah bekpes tibe2 terkeluar pasal trip ni...
kitaorang rancang nak pegi hujung bulan mei ni..
insyaallah kalo takde aral melintang kan...
aku rasa mcm tak sabar nak pegi..
hahaha....
maybe ada dalam 7 8 family yang pegi...
so nanti aku akan update masa kitaorang punye trip tu ye..
pstttt... ade ke orang nak baca???
huhuhuh
ok.. gambar adelah tipu... port dickson tak secantik seperti di gambar..



Tuesday, April 13, 2010

pagi tadi..

pagi tadi masa otw gi keje aku nmpk sesuatu...
satu benda yang agak menarik kot bagi aku...
korang percaya tak tadi kereta kitaorg berjalan di belakang kereta karam singh walia...
eh tak caye???
betul laaaa....
aku ade snap pic td...
tp tak bape nak sharp laa..
maklum laaa pakai kamera hp murah je..
huhhuh....
meh sini aku kasi tunjuk...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

haaaa... kan aku ckp aku tak tipu....huhuhuhu


owh ni budak kecik takde kena ngena ngan entry ni..
saje nak inteprem pic die...
budak ni anak yang mak aku jaga...
comel ok pakai mcm tu..
sangat pandai bergambar...
korang ingat korang je camwhore, budak kecik ni pun pandai...
budak kecik ni lagi over,....
geram aku...
hahaha...
ko tengok ni...


adeh... lawak laa.... naseb baek comel..



Tuesday, April 6, 2010

kaseh kekanda kaseh adinda...

ewahhh tajuk.. hahaha...
ok aku tau sesetengah org mst dah tau psl ana edar kan..
so ni aku nak cite laa sikit....
heheheh...
ok mula kan dengan jus qaseh ana edar ni..
ni actually (betul ke aku eja ni) mcm madu laa...
tp adelah di adun dgn bahan2 lain..
owh bahan2 nye bkn yg bukan2 tau...
terdiri dr makanan sunnah nabi kite, nabi muhammad s.a.w...
seperti madu, zaitun, tiin, kurma, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam dan berbagai herba terpilih seperti gingko biloba, sireh dan pegaga..
bahan2 ni sume dirumus khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran terutama sekali bagi kaum wanita..

tak salah kan kalo kite nak mencuba..
lagipun produk ni berunsurkan islam..
diguna tanpa was2..
*pic kredit to anaedar.com

ade lagi satu produk dari ana edar ni yg jualan nye agak kencang kat opis aku ni..
rindu cafe...
aku tak tau rasa nye mcm mn..
tp aku tgk dak2 opis ni minum sedap je..

*pic kredit to anaedar.com

sebenarnya aku ade banyak lagi nak pomot ni...
banyak lagi produk yg ade ni, balm, gamat, sabun pencuci muka...
kalo korang berminat nak tau lebih lanjut lagi leh ar email aku..
nnt aku leh terang kan ape lagi yg menarik..
sila2....

kuasa tuhan....

ya allah aku rasa terpegun bile tgk keadaaan mcm ni...
besor nye kuasa tuhan....

*speecheless.....