Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 30, 2010

kursus di hujung minggu..~~

hahaha amik ko tajuk tak ingat...
tu ikhlas ke tak nak pegi tu..huhuhuh..
ok kursus nye tak jaoh pun dari opis aku...
boleh je kalo ko nak balik kan tapi aku ni malas nak nyusahkan orang suh antar n amik aku so tido je laa hotel sana..
owh nama hotel tu takyah laa kau gtau ye..
sebab banyak sangat kelemahan nyee..
nak tau ke pe yang lemah...???

ok 1st sekali servis die...
owh yang jadi penyambut tetamu tu (pssstt aku tak reti dowh eja omputih.hahahah) adelah sangat tak baik ok...
suka buat muka bila nak tanya macam-macam..
then aku rasa biasanya hotel akan service room masa pagi kan..
kat sana takde ok.. petang-petang nak ke senja baru nak services...
ko bayang kan korang tengah landing-landing baik punye tetibe ade mat bangla main masuk je bilik..
sengal dowh.. nasib baik aku tak separuh bogel.. hahahaha...
ermm makanan kat sana plak adelah biasa sangat...
nafsu makan masa pegi hotel lain tak sama macam makan kat hotel ni ok...
ko nak tengok-tengok makanan lain pun adelah kemalasan...
tapi kalo dah lapor kan telan je laa...
ok mari kite layan pic-pic pulak ek..
zaaassss...


haruslaa ade gambo kami...

owh pic ni cantek ok.. erghh kembangnye aku..

masa ni dorang beli buku manzil dari penceramah... owh penceramah tu anak didik dr. fadzilah kamsah.. sangat best ok die ceramah..

kusyuk sume macam jawab exam..

oucchhh comel..;p

anak dara sumenye ye...

penceramah ketiga..
comel lagi..;p

kursus sampai hari ahad...
tengahari dah abis..
lepas tu my laki datang amik then berjimba sekejap.. ahaks...
ok tu laa cite hujung minggu aku..
uhuhuhuh..~~

selamat...~

alluuuuuu korang...~
fuhhh dah bape ari tak update kan..
biasa laa kalo penyakit M dah datangkan..
so kemana je destinasi korang weekend ari tu..
sengal kan aku dah ari selasa baru nak tanya...
hahaha ade mak kesah..??

owh aku sebenar nye nak publish entry pasak kursus ari tu..
tapi kemalasan nak belek pic..
nanti aku update ye pasal kursus...
tunggguuuuu...~~

Friday, November 26, 2010

nak tulis tajuk hape ni..~

allluuuuu korang...
ok aku memang lembab sikit bab nak letak tajuk ni.. hahaha..
asal boleh je aku letak ye...
kejap je dah ari jumaat kan..
owh ari ni genap aku peknen 6 bulan..
alhamdulillah...

ari ni jugak aku nak gi kursus 3 hari...
kat mana?? owh tak perlu tau..hahahaha...
cik abg tinggal umah ye.. sejak kahwin ni baru 1st time kami berjauhan.. ewahhh...
sedih tau.. ahakz.. muntah ko..
macam jaoh je aku pegi kan.. padahal.....

aaa balik kursus nanti korang dijamukan dengan beberapa pic masa kat sana ek..
baru meriah sikit aku nak bercerita nanti..
ni aku suam-suam dulu ok...
tunggu.....~~

Thursday, November 25, 2010

Amalan Semasa Mengandung dan Panduan Selepas Melahirkan Bayi..~

alluu sume...~
ok ni aku nak share sikit info la..
asyik cite gedik-gedik je kat sini tak best jugak kan...
pada sape-sape readers yang mengandung tu boleh laa kita kongsi bersama..
sharing is caring kan..


Amalan Suami Semasa Isteri Mengandung


Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

*Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
*Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
*Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
*Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
*Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
*Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
*Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
*Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
*Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
*Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
*Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
*Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.


Adab Suami Ketika Isteri Sedang Mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

*Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
*Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
*Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
*Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
*Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim."
*Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.


Ok ni plak sedikit info ketika bersalin...
Bagi yang baru pertama kali melahirkan anak tu boleh laa kite kongsi info ni sedikit ye...

Dorongan Suami Semasa Isteri Bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.


Mengapa Bayi Lahir Menjadi Kenan

Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.

Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.


Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak

*Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi di dalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

*Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

*Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaannya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

Panduan Menamakan Anak

Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Namakan dengan nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi).

Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.

Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.

Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.

Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak.


Penyembelihan Aqiqah

Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.


Hikmah Aqiqah

*Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
*Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
*Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
*Melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
*Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
*Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
*Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
*Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
*Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
*Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
*Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
*Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalah sama terpuji pada pemotong korban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
*Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
*Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
*Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.

Wallahu'alam.

ok tu serba sedikit info yang aku dapat...
sebenar nya ade lagi tapi aku just share beberapa je...
owh info kredit kat sini...
mana yang ade lagi info menarik tu boleh la kite share bersama ye... ~~

eh dah khamis laaa..~

alluuuu kawan-kawan...
aisyeman kejap je dah hari khamis ye...
lambat sikit la aku update blog....
kesibukan melanda... ahakz..
plus takde cite menarik untuk dikongsi bersama...

owh semalam aku gi check up....
1st time ok berat aku tak naik banyak...
900gram aje... nurse pun nasib baik tak bising...
bukan ape.. kalo korang nak tau kalo usia kandungan dah 5 bulan korang kena naik 500gram dlm masa seminggu...
so berat aku yang naik tu tak begitu mencukupi...
tapi takpe aku rasa senang je aku ni nak naik kan berat banyak sikit...
makan laa ape ko rasa nak makan... kan kan kan....

semalam jugak nurse tu ade guna alat ape ntah untuk dengar jantung baby...
hampa sikit sebab tak dengar.. cume sayup-sayup je.... huhuhuh...
tapi nurse tu pesan jugak supaya tak risau sebab baby takde ape-ape...
semua ok n sihat.. alhamdulillah..
esok genap la 6 bulan usia kandungan aku..
kejap aje rasanya kan.. macam baru tau semalam je yang aku ni peknen...

ok laa macam biasa entry ni takde gambar..
semalam ade jugak keinginan nak snap kat klinik tapi disebabkan umat manusia yang terlalu ramai, mak tak jadi laa snap.. malu oooohh... dah laa sorang-sorang je...
nanti-nanti laa aku wat entry bergambar ye...
daaaa.....~~

Monday, November 22, 2010

isnin yang mendung~~

assalammualaikum pembaca.. (ewahh mcm ade pembaca yg ramai je.. ahaks)..
macam biasa laa kalo ari isnin ni memang slow sikit nak wat keje..
jadi mari kita mulakan ari ni dengan mengupdate blog ye kawan-kawan....
sebenarnya pagi tadi aku ade amik pic awan yang kelabu gitu tapi kan disebabkan kabel hp aku ilang sudah jadi korang bayangkan sendiri je laa macam mana keadaan langit tu ye,...huhuhu

owh hari ni tempat keje aku ade wat perhimpunan bulanan ngan majlis anugerah cemerlang sekali...
ni kira penghargaan laa untuk staff yang wat keje bersungguh-sungguh macam aku ni.. hahahah...
sila muntah hijau....
ade jugak geng keras aku yang dapat tau..
so tahniah laa pada jiji, kak sal n cik ann...
pssttt bile nak open table..huhuh....

ok entry ni hanya tulisan semata-mata ye...
takde entry yang diselitkan gambar-gambar wat masa ini....
nanti dah jumpe kabel tu aku letak ye pic-pic menarik...
dah aku nak sambung wat keje ni...
nanti aku story lagi kalo ade cite menarik ye...
adios~~

Friday, November 19, 2010

depa paham ke~

tadi saje je aku jenguk kejap nuffnang...
ok walaupun banyak tu je, aku tetap bersemangat ok nak tengok..
masa jenguk tadi aku klik kat lokasi pengunjung...
cube teka dari mana????








....














...















...
















dari norway gitu.. ahakz...
paham ke ek dorang baca blog aku ni...
tapi papepun thx ek korang yang sudi bacca blog aku yang tak semenggah ni.. hik3..
(psssttt pic takde laa.. print screen tapi tak reti pulak nak paste mcm mana kat entry..korang boleh ajar..hehehe)

sape uncleseekers???

weeehuuuu... panas... panas..
haaa korang ingat abg nas je boleh terjah..
aku pun ade terjah jugak tau... hahaha...
maybe ade antara korang yang pernah baca blog uncleseekers ni...
tak payah laa aku nak bagi link blog beliau ye...
pandai-pandai laa korang cari ek..

ok bagi yang tak tau ape yang hangat sangat pasal blog uncle ni meh aku story sikit...
blog beliau ni popular sejak die tulis entry pasal kisah permaisuri aishah..
actually ramai jugak blogger lain yang ade wat entry pasal ni..
kebanyakkan nye mengutuk tindakan uncle ni yang macam nak memalukan permaisuri aishah,...
ye laa sape laa yang nak sokong orang macam uncle ni kan..
aku dengar jugak sejak beliau tulis pasal kisah 'cinta syhh' tu rating pembaca blog beliau pun terus meningkat...
haaa mencari populariti dengan cara yang salah tu ye...
takmo.. takmo... tak baik ok..
(eh uncle taknak join nuffnang ke.. huhuhuhu...)

beliau jugak ade cakap tujuan beliau dedahkan mengenai kisah 'cinta syhh' tu...
katanya untuk menyedarkan pihak tertentu bahawa bekas permaisuri agung itu perlukan kebebasan dan tidak perlu dikongkong...
aiiishhhh kot ye pun tak perlu laa nak mengaibkan orang...

ok laa aku tak nak laa cakap panjang lebar lagi....
kang aku pulak yang kena maki balik.. hik3..
korang baca n nilai laa sendiri ye...
kita tak tau perkara yang sebenarnye kan.. allahualam...

mood raye lagi ke~

amboi tajukk....
macam sambut raya aidilfitri je.. ahakz..
so ke mana je korang masa cuti raya hari tu...
aku kat kampung my laki...
pagi-pagi lepas sembahyang raya dalam kul 10 lebih mcm tu dah dengar dah lembu-lembu tu menjerit mintak tolong..hahaha..
boleh laa dengar sebab dorang wat depan sikit je dari umah...
tapi aku laki bini takde laa pegi tengok...
orang tua-tua kata kalo peknen ni tak elok tengok benda bukan-bukan..
banyak ok pantang larang di situ...

owh gambar kat kampung sume takde ye sebab aku tak rasa ade benda menarik nak snap kat sana...
cuma ada satu benda yang menarik iaitu makan....
kat sana ko takkan dapat duk lama sikit kat depan tb tu...
kejap-kejap kang kena panggil...
suh makan... kat sana aku makan saje...
pas ni naik lagi berat...
dah kena minum air gula lagi kan...
tapi takpe.. air tu adelah sedap..hahahah..

eh nanti kite story lagi laa..
aku rasa macam dah lari tajuk sekarang...
daaaa~~

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha..~

assalammualaikum...
huiii nak raye lagi weyh....
ke mana destinasi korang sempena hari raya haji ni...
aku balik kampung my laki laaa... hahaha....(mcm jaoh je..)
takde yang menarik pun untuk aku cite laa pasal hari raye haji ni...
maklumla kat sini sambutan hari raya haji tak macam kat pantai timur nun kan...

ok laa pada yang balik kampung tu berhati-hati laa ye di jalanraya...
sekarang ni pun musim hujan.. jalan licin.. jadi jangan pandu gelojoh-gelojoh ye...
ingatan untuk aku jugak ;p
so pada semua umat islam aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha...

sempena hari raya haji ni meh aku tepek gambor budak busyuk ni....
mintak ijin ye mak nye budak busyuk ni nak letak pic anak ni.. hehehe


ini budak sangat keletah ok...~

Wednesday, November 10, 2010

selamat hari rabu~

haa amik ko.. nampak sgt dah tak tau nak letak tajuk ape...
hahahah... bab2 nak letak tajuk ni mmg aku gagal sikit..huhuh..
sebenarnya tak ape laa benda menarik nak aku kongsikan...
cuma menanti esok je.. sebab esok aku nak kena amik darah...
sebab berat naik banyak tak terkata..
padan muke kan.. sape suh mencekik tak ingat dunia...

owh semalam jugak aku dapat berita gembira...
bekas rakan sekolah aku dah selamat melahirkan baby girl beliau..
ari sabtu bersamaan 6 nov 2010...
gambar baby takde sebab tak gi tengok lagi,...
maybe weekend ni...
nanti aku tapek ye gambar kat sini..
laa ni aku cite tu je dulu...
chaloo bette..~~

Monday, November 8, 2010

monday blues...

huaarrgghhh sudah ari isnin...
cuti 3 ari pun tak rasa.. cepat benor la haii...
so ape aktiviti korang sepanjang cuti ni..
aku ni jangan ditanya laa..
duk umah saje mencerahkan kulit..
tapi tak cerah2 jugak.. huahuahua...

owh minggu ni aku nak kena gi check up lagi..
berat naik so kena laa amik darah n minum air gula..
mereka yang berpengalaman kat opis aku ni sume dah sound air tu tak sedap..
owwhhh me dun like..hahaha

tapi nak wat macam mana kan..
ni untuk baby jugak...
demi baby i, i sanggup u...
huhuh..
ok laa nanti aku story lagi laa ape2 yang menarik ye,..
mak ngah kering idea ni..
daaaa~